Personaliti Dan Amalan Sifat Rasulullah S.a.w Terhadap Kaunselor Islam Di Sekolah Menengah.

Bajuri, Mohamad Hafif and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Personaliti Dan Amalan Sifat Rasulullah S.a.w Terhadap Kaunselor Islam Di Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis dan amalan personaliti Kaunselor Islam terhadap empat sifat wajib Rasulullah S.A.W. di Sekolah-Sekolah Menengah Skudai, Johor. Sejumlah 31 orang responden iaitu para Kaunselor Islam telah terlibat. Kajian ini telah menggunakan soal selidik yang diubahsuai daripada Ujian Personaliti Sidek. Data yang telah dikumpulkan telah diproses secara kolektif dengan menggunakan Statistical Packages For Social Sciences (SPSS v14). Teknik statistik yang digunakan adalah secara pemeratusan dan min kekerapan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat jenis personaliti yang diamalkan oleh Kaunselor Islam bercirikan empat sifat Rasulullah S.A.W. Manakala amalan personaliti Kaunselor Islam menunjukkan ciri-ciri amalan Rasulullah S.A.W. Secara keseluruhannya didapati wujud ciri-ciri personaliti dan amalan Kaunselor Islam mengikut ciri-ciri personaliti dan amalan Rasulullah S.A.W. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi memperbaiki kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08727
Subjects: Religious and Moral Education > Islamic Education
Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13564

Actions (login required)

View Item View Item