Pengaruh Gaya Kepimpinan Guru Besar Terhadap Penarafan Sekolah Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (skpm)

Sahali, Budiman and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Pengaruh Gaya Kepimpinan Guru Besar Terhadap Penarafan Sekolah Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (skpm). Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh gaya kepimpinan The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ) guru besar iaitu pendayautamaan struktur dan bertimbang rasa terhadap hala tuju kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan program pendidikan, kemenjadian murid dan penarafan sekolah berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Seramai 155 orang guru sekolah rendah kebangsaan di zon Pekan Nanas Pontian dipilih secara rawak untuk menilai persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan guru besar dengan menggunakan soal selidik LBDQ yang mengandungi 30 item soalan. Skor LBDQ ini kemudiannya dianalisis bersama skor setiap dimensi dan penarafan sekolah berdasarkan SKPM menggunakan ANOVA sehala. Data-data ini diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 16 dan dihurai secara statistik untuk melihat min dan nilai signifikan. Huraian statistik menunjukkan bahawa gaya kepimpinan bertimbang rasa LBDQ mempengaruhi pengurusan organisasi dengan nilai signifikan p = 0.003 manakala gaya kepimpinan pendayautamaan struktur LBDQ mempengaruhi dimensi hala tuju kepimpinan pada nilai signifikan p = 0.000 berbanding tahap signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 (p < 0.05). Gaya kepimpinan bertimbang rasa juga dilihat mempengaruhi penarafan sekolah dengan nilai signifikan p = 0.032. Namun begitu kedua-dua komponen LBDQ ini dilihat sebagai tidak mempengaruhi pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa secara keseluruhannya gaya kepimpinan LBDQ guru besar ini tidak memberi pengaruh terhadap penarafan sekolah (f = 1.074, p = 0.375).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08726
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13563

Actions (login required)

View Item View Item