The Content Based Instruction (cbi) On The Acquisition Of Discourse Markers in Est Classroom.

Demiyati, Junaida and Zainal, Zaidah (2008) The Content Based Instruction (cbi) On The Acquisition Of Discourse Markers in Est Classroom. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti Content based Instruction (CBI) dalam penggunaan penanda wacana dalam kelas Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi. Kajian ini memfokuskan pada pembelajaran penanda wacana dalam Content based Instruction (CBI). Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan prestasi dalam penggunaan penanda wacana antara pelajar dari aliran sains dan bukan aliran sains dalam ujian pre dan post. Kajian ini melibatkan 40 orang pelajar dan seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu Kota Tinggi. Ujian pre dan post telah diberikan pada setiap pelajar untuk mengenalpasti prestasi pelajar. Selain itu, sesi pengajaran untuk penanda wacana telah diadakan antara ujian pre dan ujian post. Keputusan dalam ujian pre dan post telah dikira untuk mendapatkan skor min dan perbezaan skor telah digunakan dalam perbincangan bagi dapatan dan keputusan bagi kajian ini. Soalan soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumbalas tentang tahap motivasi pelajar dari aliran sains dalam mempelajari penanda wacana. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan prestasi pelajar telah meningkat setelah diberi pendedahan dan pengajaran dalam penanda wacana. Selain itu, ianya jelas menunjukkan bahawa prestasi dan motivasi pelajar dari aliran sains adalah lebih baik daripada pelajar bukan aliran sains

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08724
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13562

Actions (login required)

View Item View Item