Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama Sesi 2008/ 2009,fakulti Pendidikan,utm, skudai Johor.

Ahmad @ Mohamad, Norhani and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2008) Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama Sesi 2008/ 2009,fakulti Pendidikan,utm, skudai Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti tahap gaya pembelajaran serta hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama Sesi 2008/2009, Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 248 responden dengan menggunakan instrumen soal selidik Index of Learning Styles (ILS) yang dibentuk oleh Felder dan Solomon. Data-data yang diperolehi telah dianalisis secara pemeratusan, crosstabulation serta korelasi spearman dengan menggunakan perisian SPSS ver. 10.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa.pelajar lelaki cenderung mengamalkan gaya pembelajaran Active, Sensing & Intuitive Seimbang, Visual dan Sequential, manakala pelajar perempuan lebih gemar mengamalkan gaya pembelajaran Active, Intuitive, Visual dan Sequential. Selain itu, hasil kajian juga mendapati pelajar dari semua program pengajian cenderung mengamalkan gaya pembelajaran Active, Sensing, Visual, Sequential dan hanya segelintir yang cenderung mengamalkan gaya pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang, Sequential & Global Seimbang atau Intuitive. Dari segi aliran semasa persekolahan, pelajar bagi semua aliran lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Active, Visual dan Sequential tetapi pelajar aliran Sains dan Sastera lebih cenderung mengamalkan gaya pembelajaran Sensing, pelajar aliran Vokasional dan Teknikal & Kejuruteraan pula mengamalkan gaya pembelajaran Sensing & Intuitive Seimbang, manakala pelajar dari lain-lain aliran lebih cenderung kepada gaya pembelajaran Intuitive. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Beberapa cadangan lanjutan juga diutarakan bagi rujukan pengkaji akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08723
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13561

Actions (login required)

View Item View Item