Tahap Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di sekolah Luar Bandar. Satu Tinjauan Di Tiga Buah Sekolah Di daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim.

Hashim, Suhaizal and Yahaya, Noraffandy (2008) Tahap Literasi Komputer Di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Di sekolah Luar Bandar. Satu Tinjauan Di Tiga Buah Sekolah Di daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah satu tinjauan mengenai tahap literasi komputer di kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah luar bandar, satu tinjauan di tiga buah sekolah di daerah Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Sampel kajian ini adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan 4 aliran sains yang mengambil matapelajaran English for Science and Technology daripada 3 buah sekolah di Johor Bahru. Analisis dilakukan dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Sciences Computer Program) untuk mendapatkan min, kekerapan dan peratus. Keseluruhannya, pelajarpelajar ini mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana tentang perkakasan asas komputer dan tahap pengetahuan yang sederhana tentang aplikasi asas komputer. Kajian ini juga mendapati bahawa tahap kesedaran pelajar tentang kepentingan teknologi komputer berada di tahap yang sederhana.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08722
Subjects: Educational Technology > Computer Education
Educational Technology > ICT
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13560

Actions (login required)

View Item View Item