Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Implementasi E-pembelajaran:satu Kajian Kes.

Bachok @ Daud, Siti Rafidah and Shariffudin, Rio Sumarni (2008) Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Implementasi E-pembelajaran:satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan e-pembelajaran dalam aspek kefahaman pelajar tentang e-pembelajaran, kemudahan capaian dan komunikasi, bahan kandungan kursus e-pembelajaran, strategi yang digunakan, kepuasan pelajar dan persekitaran e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti aspek utama yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan e-pembelajaran dan mengenalpasti hubungan bagi setiap aspek yang dikaji. Seramai 254 responden dipilih daripada pelajar tahun akhir Fakulti Pendidikan, UTM untuk kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 32 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian rintis, nilai alpha bagi kebolehpercayaan instrumen yang diperolehi adalah 0.932. Persepsi pelajar terhadap keberkesanan perlaksanaan e-pembelajaran berada pada tahap yang sederhana. Aspek persekitaran e-pembelajaran merupakan aspek utama yang mempengaruhi keberkesanan perlaksanaan e-pembelajaran berdasarkan min keseluruhan yang paling tinggi iaitu 4.15. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang paling signifikan dan berkadar langsung adalah di antara kemudahan capaian komunikasi dengan aspek kepuasan pelajar pada nilai korelasi, r = 0.596.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08721
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13559

Actions (login required)

View Item View Item