Persepsi Guru Terhadap Kurikulum Baru Mata Pelajaran Aliran Vokasional (mpav) Bidang Elektrik Dan Elektronik Serta Pelaksanaannya Di Lima Buah Sekolah Di Negeri Pahang

Sulaiman, Zuraiah and Mukhari, Abd Wahid (2008) Persepsi Guru Terhadap Kurikulum Baru Mata Pelajaran Aliran Vokasional (mpav) Bidang Elektrik Dan Elektronik Serta Pelaksanaannya Di Lima Buah Sekolah Di Negeri Pahang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap kurikulum baru mata pelajaran elektrik dan elektronik aliran vokasional serta masalah pelaksanaannya di lima buah sekolah teknik di Negeri Pahang. Ianya merangkumi dari aspek penguasaan guru terhadap isi kandungan tajuk-tajuk baru, penguasaan guru terhadap isi kandungan tajuk-tajuk yang ditambahbaik, isi kandungan kurikulum baru bersesuaian dengan keperluan kerjaya, kesesuaian format kurikulum baru elektrik dan elektronik lebih baik dibandingkan dengan format kurikulum lama dan kaedah modular dan penilaian kompetensi. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel seramai 51 orang guru di lima buah sekolah menengah teknik di Negeri Pahang. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada persoalan kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan Alpha Cronbach dan memperolehi nilai 0.8, manakala kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan pakar mata pelajaran. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 13. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru masih belum menguasai isi kandungan tajuk-tajuk baru tetapi telah menguasai isi kandungan tajuk-tajuk yang ditambahbaik. Guru juga berpendapat kurikulum baru ini bersesuaian dengan keperluan kerjaya tetapi mereka merasakan bahawa format, kaedah modular dan penilaian kompetensi kurikulum baru ini masih perlu diberi perhatian. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh pihak kementerian, pentadbir sekolah, para pendidik dan penyelidik yang berminat serta cenderung ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu pendidikan vokasional.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08719
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13557

Actions (login required)

View Item View Item