Pembelajaran Berasaskan Konsep Konstruktivisme Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Pelajar Sains Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru

Ahmad, Rahimah and Noordin, Shaharom (2008) Pembelajaran Berasaskan Konsep Konstruktivisme Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik Pelajar Sains Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelesaian masalah Fizik merupakan bidang kajian pendidikan Fizik yang sentiasa mendapat perhatian. Pelbagai kemahiran dikaji bertujuan untuk mendapat satu kaedah yang berkesan yang boleh membantu pelajar meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah Fizik. Dalam kajian ini, kemahiran pembelajaran berasaskan konstruktivisme digunakan bagi membantu pelajar Sains Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam menyelesaikan masalah Fizik. Seramai 306 orang pelajar Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru terlibat dalam kajian ini, iaitu 129 orang (42.20%) pelajar lelaki dan 177 orang (57.80%) pelajar perempuan diberikan Ujian Keupayaan Penyelesaian Masalah Fizik (UKPMF), iaitu satu set masalah Fizik bertajuk Persamaan Linear yang terdiri daripada 14 item untuk diselesaikan oleh pelajar dan soal selidik Cara Penglibatan Pelajar (CPP) yang terdiri daripada 50 item berskala Likert. Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujudnya pertalian tidak bererti yang positif antara tahap penyelesaian masalah Fizik dengan Kemahiran Orientasi, r (304) = .03 p .05, bagi Kemahiran Pencetus Idea, terdapat pertalian bererti yang positif, r (304) = .29, p<.05, bagi Kemahiran Penstrukturan Semula Idea, terdapat pertalian yang bererti yang positif, r (304) = .20, p <.05, bagi Kemahiran Aplikasi Idea, terdapat pertalian yang bererti yang positif , r (304)=.30, p<.05 dan bagi Kemahiran Refleksi juga terdapat pertalian yang bererti yang positif, r (304)= .28. p<.05. Ujian t menunjukkan perbezaan min yang merentas jantina di mana pelajar perempuan yang terlibat dalam Menyelesaikan Masalah Fizik menggunakan Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme (min =3.24. sd = .38), lebih tinggi daripada pelajar lelaki (Min = 3.13, sd = .50) t(304) = -2.16, p < .05. Begitu juga, ujian t bagi menunjukkan perbezaan tahap pencapaian menyelesaikan masalah merentas jantina di mana min pelajar perempuan lebih tinggi daripada pelajar lelaki ( min=51.57, sd=15.95), dan min pelajar lelaki (min= 45.95, sd = 17.76), t(304) = -2.88 p<.05.Keputusan analisis juga menunjukkan pelajar perempuan lebih aktif menggunakan kaedah pembelajaran konstruktivisme berbanding dengan pelajar lelaki. Secara umumnya, kemahiran pembelajaran berasaskan konstruktivisme dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pencapaian menyelesaikan masalah Fizik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08717
Subjects: Physics Education > Physics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13556

Actions (login required)

View Item View Item