Persekitaran Kampus Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Personaliti Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Katip, Khairulhelmi and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Persekitaran Kampus Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Personaliti Di Kalangan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui hubungan antara personaliti dengan persekitaran kampus di kalangan pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 150 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga program pengajian iaitu Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan(Matematik), Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer(Teknologi Maklumat) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia(kimia). Kaedah soal selidik telah dijalankan dalam penyelidikan ini. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences(SPSS) v. 14. Statistik deskriftif dan korelasi Pearson digunakan dalam menganalisa data. Hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran kampus dengan pembentukan personaliti dari segi kepelbagaian, mengawal dan pencapaian di kalangan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan jenis persekitaran yang sangat memberi keselesaan ialah di perpustakaan. Beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan untuk kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08715
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13554

Actions (login required)

View Item View Item