Pelaksanaan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris guru Sekolah Menengah

Ali, Omar and Abu, Mohd Salleh (2008) Pelaksanaan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris guru Sekolah Menengah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah melibatkan tiga perspektif iaitu kesediaan guru untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris, perancangan pengajaran guru dan tahap pelaksanaan pengajaran sebenar dalam bilik darjah. Kajian berskala kecil ini menggunakan gabungan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpulkan mengunakan soal selidik yang dipetik dari set intrumen yang dibangunkan dan diguna oleh sekumpulan penyelidik peringkat kebangsaan yang mengkaji penggunaan Bahasa Inggeris secara umum dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Data kualitatif pula diperolehi melalui penelitian ke atas buku rekod Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kajian ini melibatkan kesemua 15 orang guru Matematik dan/atau Matematik Tambahan yang mengajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di sebuah sekolah terpilih di Daerah Pontian. Soal selidik yang dipetik untuk kegunaan kajian ini mengandungi 30 item mewakili tiga perspektif yang dikaji. Setiap item memerlukan responden memberikan maklumat yang paling berkenaan dengan pengajaran mereka dalam bentuk skala persetujuan interval 5-mata. Penelitian data kualitatif pula melibatkan pengesanan frekuensi kesalahan bahasa yang dilakukan oleh guru dalam penulisan objektif pengajaran, hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran, penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar, nilai-nilai murni, bahan bantu mengajar dan aktiviti refleksi oleh guru. Frekuensi kesalahan bahasa ini dikelaskan dalam tiga kategori iaitu kesalahan ejaan, kesalahan tatabahasa dan kesalahan penggunaan istilah. Indeks statistik mudah frekuensi, peratusan dan min digunakan sebagai asas penentuan tahap kesediaan dan pelaksanaan bagi setiap item/komponen yang dikaji. Indeks ini dikaji dalam tiga kategori tahap yang diringkaskan (rendah, sederhana dan tinggi) untuk memudahkan pelaporan analisis dapatan kajian. Secara keseluruhan, kajian mendapati tahap kesediaan responden untuk melaksanakan pengajaran Matematik pada berada pada tahap sederhana atau adalah tinggi, samada dari sub-perspektif kesediaan Bahasa Inggeris, kesediaan mengaplikasi ICT dalam P&P dan kesediaan untuk melaksanakan P&P dalam Bahasa Inggeris. Mereka juga tidak menunjukkan sebarang masalah serius berkaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar dan penguasaan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan pelajar. Kajian juga mendapati kurang 5% daripada mereka mengalami masalah dalam melaksanakan aktiviti P&P dalam Bahasa Inggeris di bilik darjah. Bagaimana pun, analisis data kualitatif pula menunjukkan, kecuali objektif pengajaran, sebahagian besar responden mengalami masalah kesalahan bahasa dalam penulisan RPH, khususnya yang berkaitan dengan penggunaan aktiviti refleksi, bahan bantu mengajar dan aktiviti pengajaran dalam Bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08714
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13553

Actions (login required)

View Item View Item