Kesediaan, Sokongan Dan Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh guru Di Peringkat Prasekolah

Mad Hashim, Marina and Tasir, Zaidatun (2008) Kesediaan, Sokongan Dan Pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh guru Di Peringkat Prasekolah. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penggunaan ICT dalam pendidikan mampu membantu pelajar untuk berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berinteraksi, berkomunikasi dan menilai sumber maklumat (Farrell & Wachholz, 2003). Penggunaan ICT dalam pendidikan juga mampu meningkatkan kemahiran asas seperti membaca dan menulis (UNESCO, 2006). Di peringkat prasekolah, wujud dilema apabila terdapat pihak yang menentang dan menyokong penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (O Rourke & Harrison, 2004). Kajian Siraj-Blatchford dan Siraj-Blatchford (2004) menunjukkan kesan positif penggunaan ICT dalam pembelajaran kanak-kanak. Cordes dan Miller (2004) mencadangkan agar penggunaan ICT oleh kanak-kanak digunakan pada kadar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka. Plowman dan Stephen (2005) mengenalpasti beberapa pendekatan seperti Guided Interaction dan Reactive Supervision yang sering digunakan oleh guru dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah. Kajian ini dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat berkenaan tahap kesediaan guru dari segi persepsi dan sikap, bentuk sokongan dan pendekatan yang digunakan dalam mengintegrasikan ICT di peringkat prasekolah. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kuantitatif dan kualitatif melalui tinjauan dan temubual. Kajian melibatkan 35 responden bagi sampel kajian kuantitatif dan 5 responden bagi sampel kajian kualitatif. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel bagi mendapatkan kekerapan, min dan peratus sementara data kualitatif pula dianalisis melalui pembentukkan tema. Hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati kesediaan guru prasekolah dari segi persepsi dan sikap bagi mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran berada pada tahap sederhana (min = 2.94) walaupun sokongan diperolehi dalam pelbagai bentuk seperti sumber bahan, nasihat rakan setugas, latihan dan kelengkapan infrastruktur. Pendekatan Proximal Guided Interaction (min = 2.78) adalah pendekatan yang paling kerap digunakan oleh guru diikuti pendekatan Reactive Supervision (min = 2.55) dan Distal Guided Interaction (min = 1.96).

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08713
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13552

Actions (login required)

View Item View Item