Perhubungan Antara Ponteng Sekolah, Kelas Dan Ko-kurikulum Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Daerah Skudai,johor Bahru.

Krishnan, Vinothini and Yahaya, Azizi (2008) Perhubungan Antara Ponteng Sekolah, Kelas Dan Ko-kurikulum Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah Daerah Skudai,johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perhubungan di antara punca-punca ponteng, jenis-jenis ponteng dan jenis-jenis aktiviti yang dilakukan ketika waktu ponteng terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah menengah rendah. Kajian ini memfokuskan kepada enam persoalan kajian. Instumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang menggunakan jadual skala Likert. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows (SPSS 11.5) untuk mendapatkan min, frekuensi dan sisihan piawai manakala kolerasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap punca-punca yang menyebabkan ponteng berada pada tahap yang sederhana dan jenis-jenis ponteng berada pada tahap yang rendah. Jenis-jenis aktiviti yang dilakukan ketika waktu ponteng seperti membantu keluarga, menyertai kumpulan negatif dan jenayah berada pada tahap yang rendah manakala bekerja sambilan dan melepak berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa rakan sebaya, ibu bapa, tidak suka pada guru, tidak suka pada subjek dan kerja rumah tidak mempunyai hubungan yang signifikan manakala masalah keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Ponteng sekolah dan ponteng Ko-Kurikulum tidak mempunyai perhubungan yang signifikan manakala ponteng kelas mempunyai perhubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik. Aktiviti membantu keluarga, melepak dan menyertai kumpulan berniat negatif tidak mempunyai perhubungan yang signifikan manakala aktiviti bekerja sambilan dan jenayah mempunyai perhubungan yang signifikan terhadap pencapaian akademik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08712
Subjects: Sport Science Education > Sports and Recreations
Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13551

Actions (login required)

View Item View Item