Tahap Dan Punca Stres Di Kalangan Anggota Jabatan Penerangan

Haji Bedu, Haji Hashim and Syed Mansor, Syed Mohd Syafeq (2008) Tahap Dan Punca Stres Di Kalangan Anggota Jabatan Penerangan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap stres daripada aspek gaya hidup, persekitaran, gejala-gejala, pekerjaan, perhubungan dan personaliti di kalangan anggota Jabatan Penerangan Malaysia. Turut dikaji ialah punca stres daripada aspek (kemahiran menyelesai masalah, cabaran dan bebanan kerja, hubungan komunikasi dan kepimpinan, penyesuaian dan nilai kemanusiaan). Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan secara soal selidik. Sebanyak 50 item disediakan dan setiap item mempunyai 5 pilihan skala. Satu kajian rintis dilakukan untuk melihat nilai kebolehpercayaan alat ukur yang digunakan. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS Window Versi 15. Seramai 47 orang anggota Jabatan Penerangan Malaysia dipilih secara rawak mudah supaya setiap anggota berpeluang untuk menjadi responden. Teknik statistik yang digunakan ialah secara pemerosesan dan penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan tahap stress di kalangan responden sederhana. Aspek yang paling mempengaruhi punca stres ialah dari aspek hubungan komunikasi dan kepimpinan serta cabaran dan bebanan. Faktor perhubungan dan personaliti pula merupakan dua elemen yang mendorong kepada tahap stres di kalangan pegawai dan anggota Jabatan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08711
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13550

Actions (login required)

View Item View Item