Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Stres guru Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar

Shamsul Bahrin, Annie Suraiya and Hushin, Hassan (2008) Hubungan Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Stres guru Sekolah Menengah Daerah Kuala Kangsar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan kepimpinan pengetua dengan tahap stres guru di tujuh buah sekolah menengah di daerah Kuala Kangsar, Perak. Aspek-aspek yang di tinjau adalah aspek pentadbiran pengetua, aspek keceriaan dan fizikal sekolah, aspek hormat-menghormati, aspek kebebasan dan aspek keadilan. Kajian berbentuk deskriptif tinjauan menggunakan pendekatan kuantitatif ini dijalankan ke atas 160 orang guru sekolah menengah yang dipilih secara rawak untuk menjawab persoalan dan hipotesis kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) V. 14.0 dengan menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu frekuensi, min, peratus, sisihan piawai dan korelasi. Hasil kajian menunjukkan tahap kepimpinan dan stres guru adalah pada tahap sederhana. Hubungan tahap kepimpinan pengetua dengan tahap stres guru juga berada pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan kelima-lima aspek kepimpinan ini iaitu aspek pentadbiran pengetua, aspek keceriaan dan fizikal sekolah, aspek hormat-menghormati, aspek kebebasan dan aspek keadilan mempunyai hubungan dengan tahap stres guru. Analisis data dan cadangan bagi meningkatkan kualiti kepimpinan dibincangkan di dalam kajian ini. Cadangan untuk kajian lanjutan juga disertakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08710
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13549

Actions (login required)

View Item View Item