An Exploratory Study On The Elements Which encourage Form One Students To Write Essays in English

Kandasam, Chandravathani and Abdul Majid, Norazaman (2008) An Exploratory Study On The Elements Which encourage Form One Students To Write Essays in English. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti bagaimana peranan motivasi mendorong pelajar untuk belajar dan menulis serta mengembang kebolehan penulisan mereka, adakah jantina berkait dengan umur dan sejauh mana tahap kepandaian mempengaruhi motivasi dalam penulisan. Kajian ini ialah kajian kuantitalif. Seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara tidak rawak untuk menjawab soalan soal selidik. Tambahan pula,15 pelajar juga telah dipilih untuk temubual. Selain daripada pelajar, 7 orang guru yang mengajar Bahasa Inggeris juga telah terlibat dalam kajian ini. Semua guru dikehendaki menjawab soal selidik dan temubual. Soalan untuk guru dan pelajar bagi soal selidik dan temubual adalah berlainan. Keputusan jelas menunjukkan terdapat ketidakstabilan dalam peranan motivasi yang bergantung pada unsur-unsur seperti kecenderungan pemilihan bentuk penulisan pelajar, pemilihan bentuk penulisan guru dan pelajar, fiksyen dan bukan fiksyen, keyakinan menyiapkan penulisan dan tugasan. Pelajar menunjukkan minat dalam penulisan berbentuk cerita, arahan dan dialog. Minat pelajar dalam sajak dan lapuran adalah yang terendah. Unsur-unsur lain seperti pengetahuan isi kandungan, pengetahuan tentang topik, pengetahuan lepas,kepercayaan mengenai kejayaan dan kegagalan, ganjaran dan kerja dalam kumpulan tidak menunjukkan signifikan yang ketara dalam motivasi untuk menulis di kalangan pelajar. Hasil dapatan menunjukkan tiada kesan signifikan jantina terdapat diatas interaksi jantina dengan umur dan tahap pengetahuan dalam mempengaruhi motivasi untuk menulis.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08709
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13548

Actions (login required)

View Item View Item