Hubungan Lokus Kawalan Dengan Tahap Stres Di Kalangan Warga Kerja Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.satu Kajian Kes.

Mohamad, Rosli and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Hubungan Lokus Kawalan Dengan Tahap Stres Di Kalangan Warga Kerja Pejabat-pejabat Pelajaran Daerah Negeri Johor.satu Kajian Kes. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan lokus kawalan dengan tahap stres di kalangan warga kerja di pejabat-pejabat pelajaran daerah (PPD) seluruh negeri Johor. Di samping itu kajian ini juga melihat perbezaan orientasi lokus kawalan dan tahap stres serta punca stres di kalangan subjek kajian. Seramai 106 pegawai dan staf dari 10 buah PPD dipilih secara rawak berkelompok telah dijadikan subjek kajian. Skala Internal, Powerful Others and ChanceI (IPC) yang telah diubahsuai digunakan untuk mengukur bentuk orientasi lokus kawalan. Manakala soalselidik Job Related Tension Index (JRTI) diguna untuk mengukur tahap dan punca stres. Sebanyak 9 hipotesis telah diuji. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan ujian ANOVA Sehala, Ujian t dan pekali Pearson untuk melihat perbezaan dan hubungan pembolehubah yang dikaji. Keputusan kajian telah mendapati; a) Semua subjek kajian berorientasikan lokus kawalan dalaman tetapi perempuan lebih berkawalan dalaman berbanding dengan lelaki. b) Semua subjek kajian mengalami tahap stres yang rendah tetapi terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan jantina iaitu lelaki lebih stres daripada perempuan. c) Terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dengan tahap stres sederhana bagi lelaki dan kumpulan gred jawatan yang rendah. d) Tiada perbezaan yang signifikan punca stres di kalangan subjek kajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08708
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13547

Actions (login required)

View Item View Item