Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Pendidikan Dan Vokasional.

Ab Aziz, Ab Asmaidi and Rajuddin, Muhd Rashid (2008) Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Pendidikan Dan Vokasional. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pendidikan merupakan satu keperluan kepada semua tidak kira usia, pangkat dan darjat. Semua individu berhak mendapatkan peluang pendidikan. Dengan adanya persaingan dalam kehidupan sekarang ini, maka bidang pendidikan diutamakan bagi mendapatkan ilmu pengetahuan yang amat berguna nanti. Ilmu inilah yang akan menjadi bekalan di kemudian hari. Kajian sekunder ini memberi fokus berkaitan dengan sistem Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV). Pertengahan tahun 1990an, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah melancarkan program bagi meningkatkan kesedaran pentingnya PSH di kalangan negara-negara yang sedang membangun. Ini berdasarkan kepada negara negara maju sebelum ini yang telah lama mengamalkan PSH ini di negara mereka. Dari segi difenisi, PSH ini mempunyai pelbagai makna dan terpulang kepada individu untuk mendefinisikannya. Secara umumnya, PSH ini dimaksudkan sebagai pendidikan berterusan bermula di awal usia hingga ke akhir hayat. Manakala PTV pula ialah satu bidang pendidikan yang menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi permintaan alam pekerjaan dan kemahiran hidup. Melalui kajian ini, PSH merupakan satu instrumen penting dalam menjayakan PTV ini. Ini kerana PSH dan PTV berkait rapat satu sama lain. Jika salah satu daripadanya bermasalah maka ianya akan memberi kesan kepada satu bahagian lagi. Bagi memastikan kedua dua program ini berjaya, maka semua pihak hendaklah bekerja sama dan memainkan peranan masing masing dalam menjayakannya.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08706
Subjects: Technical & Vocational Education > Technical and Vocational Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13546

Actions (login required)

View Item View Item