Pelaksanaan Kursus Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran Di Kalangan Guru-guru Reka Cipta Sekolah Menengah Di Negeri Johor

Md Taib, Abdullah and Saud, Muhammad Sukri (2008) Pelaksanaan Kursus Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran Di Kalangan Guru-guru Reka Cipta Sekolah Menengah Di Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan pelaksanaan Kursus Pembangunan Profesionalisme guru-guru Reka Cipta negeri Johor. Kaedah persampelan bertujuan digunakan untuk memilih sampel kajian. Seramai 63 orang guru yang mengajar mata pelajaran Reka Cipta di negeri Johor terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS) 16.0 For Window . Data berbentuk deskriptif ini diperolehi melalui borang soal selidik yang dibentuk berdasarkan model KIPP oleh Stufflebeam. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Reka Cipta terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pengalaman mengajar. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa daripada dimensi input iaitu kemudahan kursus, bahan kursus, kandungan kursus, peruntukan masa dan penggunaan tenaga pengajar dalam kursus tersebut mempunyai tahap keberkesanan yang sederhana. Manakala daripada dimensi proses iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran semasa kursus Pembangunan Profesional menunjukkan keberkesanan yang tinggi. Dapatan daripada dimensi produk pula, iaitu dari aspek peningkatan pengetahuan dan kemahiran di kalangan guru reka cipta dalam mengajar Reka Cipta berdasarkan tajuk dalam sukatan pelajaran secara keseluruhannya adalah sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru-guru Reka Cipta mempunyai tahap pengetahuan kemahiran yang sederhana dalam tajuk CAD dan Sistem. Analisa daripada Ujian t, mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan tahap pengetahuan dan kemahiran. Analisis ANOVA pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara opsyen guru dengan tahap pengetahuan dan kemahiran guru selepas menghadiri kursus.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08704
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13544

Actions (login required)

View Item View Item