Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan

Hamzah, Mascilla and Yahaya, Azizi (2008) Masalah Salah Laku Agresif Di Kalangan Pelajar Sekolah rendah Dan Hubungannya Dengan Gaya Keibubapaan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengetahui hubungan antara gaya keibubapaan dengan salah laku pelajar di sekolah sebuah sekolah rendah di pinggir bandar daerah Johor Bahru. Responden kajian melibatkan 130 orang pelajar dan borang soal selidik telah digunakan sebagai instrument kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A iaitu yang berkaitan dengan latar belakang responden dan Bahagian B yang berkaitan dengan salah laku pelajar serta gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa responden. Nilai Alpha keseluruhan bagi soalan di dalam soal selidik ialah 0.897 dan menunjukkan kebolehpercayaan soalan yang tinggi. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 15 iaitu Statistical Package for the Social Science yang digunakan bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min yang kemudian akan ditunjukkan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan salah laku vandalisme adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku kenakalan, salah laku buli adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku fizikal dan salah laku melawan guru adalah salah laku yang paling dominan bagi salah laku verbal. Gaya autoritatif pula merupakan gaya keibubapaan yang paling dominan diamalkan oleh ibu bapa responden manakala tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian anak mereka di sekolah pula adalah pada tahap tinggi. Dalam kajian ini, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara salah laku pelajar di sekolah dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar di sekolah. Kajian juga mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara salah laku pelajar di sekolah dengan gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar. Akan tetapi dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya keibubapaan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar dengan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti harian yang dilakukan oleh pelajar di sekolah. Kajian ini mencadangkan kajian lanjutan bagi melihat punca-punca berlakunya salah laku di kalangan pelajar agar masalah salah laku pelajar dapat diatasi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08703
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13543

Actions (login required)

View Item View Item