A Web Tutor For Teaching Quran Vocabulary

Mohammed Modeef, Alsofyani and Aris, Baharuddin (2008) A Web Tutor For Teaching Quran Vocabulary. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Setiap orang Muslim yang membaca al-Quran sudah tentu akan mendapat ganjaran atas bacaan dan pemahaman mereka terhadap apa yang sepatutnya dilakukan di atas dunia ini. Oleh itu, orang Muslim yang Bahasa Arab merupakan bahasa kedua mereka menghadapi masalah dalam memahami isi al-Quran dengan tepat. Mempelajari Bahasa Arab merupakan suatu perkara yang diperlukan di kalangan orang Muslim seluruh dunia. Mampukah penggunaan komputer untuk mengajar bahasa membantu dalam memperbaiki keupayaan menguasai perkataan di kalangan pelajar? Untuk itu, satu kajian telah dijalankan untuk mebangunkan sebuah web tutor untuk mengajar perkataan dalam al-Quran dan melihat keberkesanannya. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan penggunan elemen multimedia untuk meningkatkan penguasaan perkataan. Kajian ini melihat sama ada interaktiviti dalam laman web tersebut berupaya menggalakkan pelajar untuk berinteraksi dalam proses pembelajaran. Juga, ia melihat kepada kesesuaian interaktiviti dan susunannya terhadap kandungan web tersebut. Suatu borang soal selidik yang telah disesuaikan telah digunakan untuk mendapatkan data mengenai laman Tutor of Quran Vocabulary. Peserta atau sampel telah terdiri daripada dua puluh tujuh (n=27) pelajar universiti berbangsa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu mempunyai sikap positif terhadap laman web tersebut. Mereka juga bersetuju bahawa laman web tersebut menggalakkan pelajar untuk berinteraksi dengan kandungannya yang telah disusun secara logik.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08702
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13542

Actions (login required)

View Item View Item