A Study On The Learner Readiness Towards mobile Learning And The Effectiveness Of mobile Learning Application In Motivating Learning And Enhances Understanding

Wong, Hee Choo and Harun, Jamaludin (2008) A Study On The Learner Readiness Towards mobile Learning And The Effectiveness Of mobile Learning Application In Motivating Learning And Enhances Understanding. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Project ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti tahap kesediaan pelajar kursus Sarjana terhadap mobile learning dari aspek kefahaman konsep, penguasaan teknologi dan kesukaan terhadap ciri-ciri mobile learning, dan pada masa yang sama menguji pencirian mobile learning yang penting kepada mereka. Di samping itu, satu aplikasi mobile learning tentang tajuk home networking telah dibangunkan dan dinilai untuk menguji keberkesanannya dalam memotivasikan pembelajaran dan meningkatkan pemahaman. Responden kajian terdiri daripada 32 orang palajar Sarjana yang mengambil kursus Teknologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dengan status aktif bagi semester I, 2008/2009. Instrumen kajian tentang kesediaan dan penciarian penting mobile learning adalah satu set borang soal selidik yang mengandungi 32 soalan dan dibahagikan kepada 4 bahagian. Tahap kepercayaan instrument telah dikenalpasti melalui kajian rintis dengan nilai alfa bagi bahagian B, C, D dan E masing masing adalah 0.779, 0.822, 0.896 dan 0.760. Data yang terkumpul dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 14 for Windows dan dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk min. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan responden terhadap mobile learning adalah tinggi secara kseluruhannya bagi setiap aspek yang diuji. Interaktiviti didapati merupakan antara ciri mobile learning yang paling penting kepada responden. Sebuah aplikasi mobile learning tentang tajuk home networking telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Flash 8 dan dieadarkan ke Pocket PC atau PDA yang dilengkapi flash player melalui internet, transaksi melalui cable atau bluetooth dari PC . Penilaian sumatif telah dijalankan menerusi temubual dengan 10 orang pengguna aplikasi mobile learning yang telah diberikan Pocket PC yang berserta aplikasi mobile learning untuk tujuan pengujian. Hasil temu bual dianalisis dengan kaedah pembentukkan tema. Dapatan analisis menunjukkan aplikasi mobile learning yang dibangunkan berkesan dalam memberi motivasi untuk belajar dan dapat meningkatkan pemahaman dalam pembelajaran home networking.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08701
Subjects: Educational Technology > Computer Aided Learning
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13541

Actions (login required)

View Item View Item