Curriculums Role In Fostering Inter Grop Contacts Among The Multiracial Students In A Secondary School In Johor Bahru.

Kaderi, Zawiyah and Hamdan, Abdul Rahim (2008) Curriculums Role In Fostering Inter Grop Contacts Among The Multiracial Students In A Secondary School In Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau sejauh mana peranan kurikulum dalam membantu pembentukan perhubungan antara kaum dikalangan pelajar berbilang kaum di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk meninjau perbezaan antara kumpulan bangsa tentang peranan kurikulum dalam pembentukan hubungan antara kaum di kalangan pelajar. Seramai 146 pelajar terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah tersebut telah menyertai kajian ini. Tahap perhubungan antara kaum diukur menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 31 item. Data telah dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS, versi 12.0) dan dapatan kajian ditunjukkan dalam min, peratus dan kekerapan.. Ujian ANOVA telah dijalankan untuk menentukan perbezaan antara kumpulan bangsa mengenai peranan kurikulum dalam pembentukan hubungan antara kaum. Hasil kajian telah menunjukkan tahap hubungan antara kaum yang tinggi (min 4.04). Analisis terhadap semua dimensi kurikulum telah menunjukkan dapatan yang positif juga. . Skor min 3.77 telah dicatatkan untuk peranan isi kandungan matapelajaran , 3.66 telah dicatatkan untuk peranan pengajaran dan pembelajaran dan 3.77 untuk peranan ko- kurikulum dalam pembentukan perhubungan antara kaum. Analisis ANOVA telah menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan bangsa , mengenai peranan kurikulum dalam pembentukan perhubungan antara kaum. Secara keseluruhan, pelajar kaum Melayu dan India mencatatkan peranan yang lebih tinggi berbanding pelajar kaum Cina.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08700
Subjects: Curriculum and Instructions > Curriculum and Instructions
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13540

Actions (login required)

View Item View Item