Pengurusan Stres Dalam Pekerjaan Di Kalangan Guruguru di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Johor Bahru

Teng, Kie Yin and Abu Bakar, Zainudin (2008) Pengurusan Stres Dalam Pekerjaan Di Kalangan Guruguru di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan daerah Johor Bahru. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengurusan stres dalam pekerjaan di kalangan guru-guru. Sampel kajian ini terdiri daripada 35 orang guru di sebuah sekolah menengah kebangsaan Daerah Johor Bahru. Alat kajian yang digunakan ialah satu set borang soal selidik. Data-data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS. Hasil dari penganalisaan data diterangkan secara statistik deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran guru-guru mengurang stres dalam pekerjaan masing-masing berada di tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan ujian statistik Kendall s tau-b dan Gamma telah menerangkan perkaitan antara tahap stres dan tahap kemahiran mengurus stres dalam pekerjaan di kalangan guru-guru sekolah itu. Keputusan kajian telah menunjukkan bahawa tahap kemahiran mengurus stres sememangnya memainkan peranan ke atas tahap stres dalam pekerjaan di kalangan guru-guru sekolah itu. Beberapa cadangan juga dinyatakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08699
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13539

Actions (login required)

View Item View Item