Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Tajuk animasi.

Rahmin, Umi Kalthom and Tasir, Zaidatun (2008) Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Tajuk animasi. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Masalah iaitu PBM menerusi web turut berkembang luas dalam pelbagai bidang Sains, Matematik, Perubatan, Perundangan dan Pendidikan seiring dengan berkembangnya teknologi masa kini. Kajian ini dilakukan bagi menilai keberkesanan pembelajaran berasaskan masalah menerusi web dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam ujian. Disamping itu, kajian ini juga mendapatkan pandangan pelajar terhadap kesesuaian internet sebagai media dalam pembelajaran serta komen mereka terhadap reka bentuk antaramuka laman web PBM berbanding laman web tradisi. Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah jenis-jenis animasi bagi kegunaan kumpulan pelajar peringkat sijil di politeknik. Populasi kajian projek ini terdiri daripada 22 orang pelajar Sijil Rekabentuk Grafik yang mengambil mata pelajaran V2141 Prinsip Animasi di sebuah Politeknik di Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang penilaian laman web, ujian pra dan pos dan temubual. Data-data dikumpul dan dianalisis menggunakan SPSS Version 12.0 yang melibatkan skor min dan sisihan piawai dan juga analisis ujian-t berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan min markah adalah signifikan (p=0.00) pada aras keertian α = 0.05 iaitu terdapat perbezaan markah antara ujian pra (min=59.86) dan ujian pos (min= 66.95) selepas pelajar yang menggunakan laman web PBM. Hasil analisis menunjukkan min tertinggi adalah bagi aspek kesesuaian media (min=4.39), diikuti oleh pengaplikasian PBM menerusi laman web (min=3.90) dan rekabentuk antaramuka masing-masing bagi laman web PBM (min=3.69) dan (min=3.37) bagi laman web tradisi. Berdasarkan dapatan kajian maka dapatlah dirumuskan bahawa laman web PBM berpotensi meningkatkan pencapaian pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08698
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13538

Actions (login required)

View Item View Item