Kajian Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia prasekolah Berasaskan Teori Perkembangan kanak-kanak Dalam Pembelajaran Matematik

Lim, Chong Sing and Tasir, Zaidatun (2008) Kajian Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia prasekolah Berasaskan Teori Perkembangan kanak-kanak Dalam Pembelajaran Matematik. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian telah menunjukkan bahawa beberapa jenis perisian multimedia untuk kegunaan kanak-kanak prasekolah telah dikemukakan terutama di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kebanyakan perisian multimedia berkenaan belum pernah dinilai keberkesanannya dalam kalangan kanak-kanak prasekolah di sekolah kerajaan di Malaysia. Adalah lebih baik jika perisian multimedia untuk kegunaan pelajar prasekolah di Malaysia dihasilkan sendiri berdasarkan keperluan dan masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh yang demikian, kajian ini telah mendapatkan masalah yang dihadapi oleh pelajar prasekolah di Malaysia dalam mempelajari Matematik. Reka Bentuk kajian ini adalah gabungan kajian kuantitatif dan kualitatif. Sampel kajian ialah seramai 145 orang pelajar prasekolah dan 5 orang guru prasekolah di sebuah sekolah di Pontian yang telah dipilih berdasarkan teknik sampel bertujuan. Berdasarkan masalah yang diperoleh, sebuah perisian multimedia prasekolah bertajuk Operasi Penolakan telah dihasilkan berasaskan Teori Perkembangan Kanak-kanak oleh Bruner yang memfokuskan kepada 3 aspek iaitu Enactive, Iconic dan Symbolic. Perisian yang dihasilkan telah dinilai berdasarkan pencapaian pelajar dalam ujian dan pandangan mereka dan guru prasekolah terhadapnya. Dapatan kajian mendapati bahawa perisian multimedia prasekolah yang dibangunkan berasaskan teori perkembangan kanak-kanak berjaya membawa impak positif (kesemua soalan yang dikemukakan dalam ujian berjaya dijawab dengan betul oleh semua pengguna) terhadap kanak-kanak berumur 6 tahun dalam kelas prasekolah kerajaan. Selain itu, dapatan daripada penilaian perisian multimedia ini adalah positif dalam aspek reka bentuk antara muka (min = 4.10 ), isi pelajaran (min = 4.37), strategi pengajaran (min = 4.23), dan kesan motivasi (min = 4.06). Hasil dapatan kajian ini juga disokong oleh pendapat daripada sekumpulan pakar komputer yang bersetuju dengan aspek reka bentuk antara muka (min = 4.35), teknikal (min = 4.30), kesesuaian media (min = 4.17), dan kesan motivasi (min = 4.25). Kesimpulannya, perisian multimedia prasekolah yang telah dihasilkan berpotensi dalam meningkatkan perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08697
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Educational Technology > Multimedia Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13537

Actions (login required)

View Item View Item