Keberkesanan Pendidikan Inklusif Mata Pelajaran Seni Reka tanda (mpv) Dalam Domain Afektif Dan Kognitif Di Sekolah menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian

Saad, Mohd Roslizan and Yeo, Kee Jiar (2008) Keberkesanan Pendidikan Inklusif Mata Pelajaran Seni Reka tanda (mpv) Dalam Domain Afektif Dan Kognitif Di Sekolah menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Pendidikan inklusif memberi gambaran tentang kerjasama pendidik untuk mendidik pelajar termasuk pelajar istimewa yang berada dalam kelas biasa. Mereka yang mengamalkan pendidikan inklusif percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak sepatutnya bermula dalam persekitaran biasa dan bertukar apabila sesuatu program sedia ada tidak dapat dilaksanakan lagi. Kajian ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan pendidikan inklusif dalam dua aspek iaitu aspek afektif dan kognitif bagi mata pelajaran Seni Reka Tanda di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi, Pontian. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pendidikan prainklusif dengan posinklusif. Responden kajian ini terdiri daripada 21 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Seni Reka Tanda manakala tiga orang pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Soalan soal selidik yang mengandungi 32 item dibina untuk mengenalpasti keberkesanan bagi dua konstruk yang dinyatakan di atas. Dua komponen aspek afektif yang dibandingkan ialah emosi dan hubungan dengan rakan sebaya manakala dua aspek kognitif yang dinilai pula adalah penyelesaian masalah dan intelek. Kaedah statistik yang digunakan ialah ujian-t dengan perbandingan dua sampel dengan nilai signifikan ≤0.05. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 15.0. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua komponen afektif selepas tiga bulan program prainklusif dan posinklusif dijalankan. Data juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua komponen bagi aspek kognitif bagi prainklusif dan posinklusif. Dapatan menunjukkan bahawa program pendidikan inklusif tidak berkesan dalam memberi perubahan kepada empat konstruk yang dikaji. Kajian ini mungkin tidak selari dengan dapatan kajian lain yang membuktikan bahawa program pendidikan inklusif memberi kesan. Berasaskan dapatan-dapatan kajian ini, beberapa cadangan yang releven telah dikemukakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08696
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13536

Actions (login required)

View Item View Item