A Study On The Influence Of Cultural Schemata on Reading Comprehension On Literature Text: an Analysis Of The Kbsm Literature In english Component

Ibrahim, Haryati and Zainal, Zaidah (2008) A Study On The Influence Of Cultural Schemata on Reading Comprehension On Literature Text: an Analysis Of The Kbsm Literature In english Component. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Dalam mempelajari sastera di dalam kelas Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua, salah satu masalah utamanya adalah pelajar tidak dapat memahami teks secara keseluruhannya. Kajian ini dijalankan khas untuk meninjau kesan pengetahuan terdahulu dari aspek budaya terhadap pemahaman teks sastera dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini menggunakan dua teks iaitu, The Necklace hasil karangan Guy de Maupassant, dan Ah Khaw Goes to Heaven hasil karangan A. Samad Ismail. Ah Khaw Goes to Heaven adalah teks sastera dalam Bahasa Inggeris, tetapi mengandungi elemen kebudayaan Melayu, manakala The Necklace adalah teks sastera dalam Bahasa Inggeris di mana kebudayaan di dalam teks itu adalah asing kepada para pelajar. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Taman Putri, Kulai, Johor, dan 30 orang guru Bahasa Inggeris Daerah Kulai telah terlibat dalam kajian ini. Penganalisaan data telah dibuat berdasarkan penelitian peratusan dan dianalisis mengikut Statistik Penerangan. Hasil kajian yang terbentuk ini mendapati pengetahuan terdahulu dari aspek budaya mempunyai kesan signifikan ataupun bermakna ke atas kefahaman pelajar yang membaca teks sastera dalam Bahasa Inggeris. Hasil kajian ini menyokong anggapan ataupun teori yang mengatakan pengetahuan terdahulu dari aspek budaya membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dalam membaca dan memahami teks sastera dalam Bahasa Inggeris.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08695
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13535

Actions (login required)

View Item View Item