Kualiti Kehidupan Staf Akademik di Universiti Teknologi Malaysia

Yong, Kuey Ling and Said, Hamdan (2008) Kualiti Kehidupan Staf Akademik di Universiti Teknologi Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengukur kualiti kehidupan staf akademik di Universiti Teknologi Malaysia. Kualiti kehidupan ini dikaji dari segi peluang pembangunan kendiri; kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan; peluang kenaikan pangkat dan layanan yang diterima di tempat kerja. Soal selidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.94 dan temubual digunakan sebagai instrumen kajian. Seramai 340 responden terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan menunjukkan bahawa staf akademik mempunyai peluang yang luas untuk pembangunan kendiri tetapi tidak mempunyai peluang yang secukupnya untuk kenaikan pangkat. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dengan peluang pembangunan kendiri. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara umur dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Tiada perbezaan yang signifikan antara tempoh perkhidmatan dengan peluang kenaikan pangkat. Akhir sekali, dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jawatan hakiki dengan layanan yang diterima di tempat kerja. Empat cadangan dan tiga kajian lanjutan dikemukakan bagi peningkatan kajian pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08694
Subjects: Higher Education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13534

Actions (login required)

View Item View Item