Pola Personaliti, Pola Pemikiran Kritis Serta Pola kepelbagaian Kecerdasan Di Kalangan Pelajar Cemerlang satu Kajian Kes Di Johor

Kee, Chung Hau and Shariffudin, Rio Sumarni (2008) Pola Personaliti, Pola Pemikiran Kritis Serta Pola kepelbagaian Kecerdasan Di Kalangan Pelajar Cemerlang satu Kajian Kes Di Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini adalah kajian tinjauan, bertujuan untuk mengenalpasti pola personaliti, pola pemikiran kritis serta pola kepelbagaian kecerdasan di kalangan pelajar yang memperolehi pencapaian akademik cemerlang di suatu institusi pengajian tinggi. Di samping itu kajian ini juga mengkaji hubungan antara personaliti, pemikiran kritis serta kepelbagaian kecerdasan melalui ujian signifikan korelasi di kalangan 180 orang pelajar cemerlang dalam SPM. Soal selidik Pengesan Personaliti Myers Briggs (MBTI), Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA), dan Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner) digunakan dalam pengumpulan data kajian ini. Tiga faktor utama yang diukur ialah pola personaliti, pola pemikiran kritis dan pola kepelbagaian kecerdasan dikalangan pelajar terpilih. Data kajian ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu min, mod, peratusan dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kecenderungan pola personaliti pelajar berdasarkan Pengesan Personaliti Myers Briggs (MBTI) mengikut turutan iaitu Extravert Sensing (43.3%) Extravert Intuitive (32.8%) Introvert Sensing (15%) Introvert Intuitive (8.9%). Kecenderungan pemikiran kritis berdasarkan Watson-Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA) mengikut turutan iaitu Penilaian Alasan (EA) 62.2% Deduksi (DE) 33.3% Pengakuan Andaian (RA) 23.3% Interpretasi (IT) 14.4% Inferens (IF) 9.4%. Kecenderungan kepelbagaian kecerdasan berdasarkan Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner) mengikut turutan ialah Intrapersonal (51.1%) Existential (23.9%) Kinestatik (21.1%) Logik/Matematik (20.0%) Interpersonal (17.2%) Visual Spatial (10.6%) Muzik Ritma (6.7%) Verbal Linguistik (6.1%) Naturalis (4.4%). Berikut adalah hubungan yang signifikan mengikut turutan iaitu di antara jenis kecerdasan pelbagai Interpersonal dengan jenis personaliti MBTI Extraversion (r = 0.215), antara jenis kecerdasan pelbagai Intrapersonal dengan ciri pemikiran kritis WGGTA Interpretasi (r = -0.184) dan di antara jenis personaliti MBTI Intuition dengan ciri pemikiran kritis WGGTA Inferens (r=0.140). Hasil kajian menunjukan bahawa pola personaliti, pola pemikiran kritis dan pola kepelbagaian kecerdasan adalah penting bagi pelajar dan pendidik untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08693
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13533

Actions (login required)

View Item View Item