Students Preferences On The Design Of Electronic Teaching presentation And Their Learning Style

Lim, Siew Huang and Harun, Jamaludin (2008) Students Preferences On The Design Of Electronic Teaching presentation And Their Learning Style. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian tersebut dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti elemen yang paling mengganggu tentang persembahan pengajaran elektronik mengikut perspektif reka bentuk visual dan kaedah penyampaian di kalangan para pelajar. Selain itu, kami mengkaji tentang reka bentuk visual persembahan pengajaran elektronik yang digemari oleh para pelajar. Tambahan pula, kajian tersebut mengenalpasti gaya pembelajaran para pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada wujud hubungan di antara gaya pembelajaran dengan reka bentuk visual persembahan pengajaran elektronik yang digemari oleh para pelajar. Seramai 150 orang pelajar tahun akhir sebagai responden dalam kajian tersebut dan mereka terdiri daripada pelajar SPI, SPK, SPL, SPP, SPS, and SPT di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Model gaya pembelajaran yang telah digunakan adalah Kolb s Learning Style Inventory. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan sebanyak 56 item. Borang soal selidik ini dibahagikan kepada 4 bahagian. Kebolehpercayaan instrumen kajian telah ditentukan melalui kajian rintis dengan nilai alfa adalah 0.719 bagi Bahagian C dan 0.754 bagi Bahagian D. Data dianalisis secara diskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) version 13 for Windows dan dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk peratus, min atau nilai Eta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen yang paling mengganggu dalam persembahan pengajaran elektronik dari perspektif reka bentuk visual adalah saiz teks yang terlalu kecil dan tidak boleh dibaca (28.7%) manakala dari perspektif kaedah penyampaian adalah pensyarah membaca kandungan persembahan kepada pelajar (21.3%). Selain itu, pelajar lebih mengemari latar belakang persembahan dengan imej, imej atau gambar sebagai elemen utama untuk menyampaikan maklumat persembahan, bentuk tulisan san-serif dan tajuk persembahan diletakkan di atas slaid berbanding di bawah slaid. Gaya pembelajaran yang lebih digemari oleh pelajar adalah feeler (converger) dengan 32%. Akhirnya, terdapat hubungan yang lemah di

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08692
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13532

Actions (login required)

View Item View Item