Kajian Tentang Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Seremben,negeri sembilan.

A.karim, Faizah and Abdul Ghafar, Mohammed Najib (2008) Kajian Tentang Hubungan Antara Kecerdasan Emosi Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Sekolah-sekolah Menengah Daerah Seremben,negeri sembilan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji hubungan antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar,hubungan antara setiap konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar dan hubungan antara kecerdasan emosi dengan setiap pelajar.Seramai 350 orang pelajar Tingkatan Empat daripada 13 buad sekolah menengah daerah Seremban,Negeri Sembilan dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.Instrumen yang digunakan adalah soal selidik kecerdasan emosi diadaptasi daripada instrumen yang dikemukakan oleh Salovey dan Mayer (1990).Lima konstruk kecerdasan emosi telah dikaji iaitu mengenal emosi sendiri,mengurus emosi,motivasi diri sendiri,empati dan kemahiran sosial.Tingkat kebolehpercayaan instrumen adalah pada nilai alpha 0.92 dan indikator bagi pencapaian akademik pelajar keputusan peperiksaan PMR.Data yang dikumpul dianalisis cecara deskriptif manakala statistik inferensi iaitu korelasi Pearson-r digunakan untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah.Dapatan kajian menunjukkan tahap akademik pelajar daalah sangat tinggi bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup dan tahap tinggi bagi mata pelajaran yang lain Manakala tahap kecerdasan emosi pelajar berdasarkan setiap konstruk adalah sederhana bagi konstruk mengenal emosi sendiri dan tinggi konstruk-konstruk yang lain.Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan tetap lemah antara kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar(r=0.28).Wujud juga hubungan positif yang signifikan tetapi lemah antara konstruk-konstruk kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar.Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan positif yang signifikan antara kecerdasan emosi dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang sederhana kuat iaitu Bahasa Melayu (r=o.39) Bahasa Inggeris (r=0.31).Bagi mata pelajaran Matematik,Sains,Geografi,Sejarah dan Kemahiran Hidup hubungan yang wujud adalah lemah iaitu r=0.17 bagi Matematik,r=0.19 bagi Sains,r=0.22 bagi Geogarafi,r=0.26 bagi Sejarah dan r=0.15 bagi Kemahiran Hidup.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08691
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13531

Actions (login required)

View Item View Item