Pembinaan Indeks Perlakuan Melepak Dan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Johor

Gan, Lui Nam and Yahaya, Azizi (2008) Pembinaan Indeks Perlakuan Melepak Dan Faktor-faktor Yang Mempengaruhinya Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti 1) faktor- faktor dominan (peranan ibu bapa, sekolah dan rakan) yang mempengaruhi perlakuan melepak 2) indeks perlakuan melepak di kalangan pelajar sekolah menengah 3) hubungan antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan dan 4) perbezaan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman, lokasi sekolah. Seramai 386 pelajar telah dipilih dari enam buah sekolah menengah negeri Johor. Satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, faktor- faktor dominan dan tahap perlakuan melepak telah digunakan. Bahagian B dan C soalan soal selidik masing-masing mempunyai kebolehpercayaan α = 0.7675 dan 0.6047. Program SPSS versi 11.5 telah digunakan untuk menganalisis data. Statistik deskriptif (kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai) digunakan untuk menganalisis faktor-faktor dominan yang mempengaruhi perlakuan melepak dan tahap perlakuan melepak. Manakala Statistik inferensi seperti ujian-t digunakan untuk menganalisis perbezaan perlakuan melepak dengan jantina, lokasi tempat kediaman dan lokasi sekolah. Korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hubungan perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa 1) indeks perlakuan melepak adalah 34.4 2) terdapat hubungan yang negatif antara perlakuan melepak dengan peranan ibu bapa, sekolah dan rakan pada aras signifikan r = 0.01 3) tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perlakuan melepak dengan jantina, lokasi sekolah, lokasi sekolah pada aras signifikan p = 0.05.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08690
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13530

Actions (login required)

View Item View Item