Kesan Analogi "water Tower" Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Topik Sistem Kardiovaskular Manusia Biologi Tingkatan 4

Nor Haslinda, Jamaludin and Norhayati, Daud (2007) Kesan Analogi "water Tower" Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Topik Sistem Kardiovaskular Manusia Biologi Tingkatan 4. ["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined] thesis, upsi.

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: Http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content/view/vie...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan analogi ‘Water Tower’ dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi topik Sistem Kardiovaskular Manusia Biologi Tingkatan 4 seterusnya untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan analogi ‘Water Tower’. Seramai 60 orang pelajar Tingkatan 4 Sains yang dipilih secara rawak terlibat dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set ujian pra, set ujian pos dan set soal selidik. Data yang diperoleh dari ujian pra dan ujian pos serta soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 12. Ujian-t digunakan bagi menguji hipotesis yang dibina. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara min skor ujian pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen pada aras p<0.05 di mana pencapaian pelajar dalam ujian pos setelah menggunakan analogi ‘Water Tower’ adalah lebih baik iaitu nilai min skor sebanyak 80.53% berbanding pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah konvensional iaitu nilai min skor sebanyak 60.70%. Hipotesis yang diuji berjaya ditolak. Daripada soal selidik, pelajar memberi persepsi positif terhadap penggunaan analogi ‘Water Tower’. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa pembelajaran menggunakan analogi ‘Water Tower’ wajar diaplikasikan di sekolah sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam pendidikan Sains/Biologi untuk meningkatkan pencapaian pelajar bagi topik ini.

Item Type: Thesis (["eprint_fieldopt_thesis_type_Other" not defined])
Subjects: Biology Education > Biology Education
Divisions: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Depositing User: @ IT Manager UTM...
Date Deposited: 20 Nov 2013 02:12
Last Modified: 20 Nov 2013 02:12
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/1353

Actions (login required)

View Item View Item