Ciri-ciri Reka Bentuk Laman Web Pendidikan Berdasarkan Keperluan Dan Kehendak pelajar.

Mohamad Kamil, Mohd Hafiz Faizal and Harun, Jamaludin (2008) Ciri-ciri Reka Bentuk Laman Web Pendidikan Berdasarkan Keperluan Dan Kehendak pelajar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian Ciri-ciri reka bentuk laman web pendidikan berdasarkan keperluan dan kehendak pelajar bertujuan untuk mengkaji dan menilai ciri-ciri reka bentuk laman web pendidikan terhadap pelajar dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek reka bentuk tersebut difokuskan kepada reka bentuk informasi, interaksi dan persembahan manakala faktor demografi ialah jantina, etnik dan kursus di samping kemahiran teknologi internet dan komputer sebagai mewakili identiti pelajar. Data di ambil melalui soal selidik secara rawak ke atas 123 orang sampel di kalangan pelajar fakulti pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian menunjukkan kumpulan pelajar yang mempunyai aspek demografi yang berlainan mempunyai kemahiran yang berbeza terhadap teknologi internet dan komputer, di mana kelebihan tersebut mempengaruhi aspek penilaian dan pemilihan reka bentuk laman web. Hasil penerimaan positif pelajar terhadap ciri-ciri reka bentuk informasi, interaksi dan persembahan yang menjurus ke arah kesenangan pengguna (user friendly) dalam mendapatkan informasi dan juga maklumat. Corak pemilihan dan penggunaan reka bentuk yang betul dan sesuai terhadap sesebuah laman web akan dapat menentukan keberkesanan objektif pembangunannya di samping dapat meningkatkan kejayaan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada era globlisasi yang semakin pesat berkembang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08689
Subjects: Educational Technology > Internet Computing
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13529

Actions (login required)

View Item View Item