Sikap Guru Pelatih Kpli Institut Perguruan Tun Hissein Onn,batu Pahat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

Amat, A.rahman and Yasin, M.al-muzzammil (2008) Sikap Guru Pelatih Kpli Institut Perguruan Tun Hissein Onn,batu Pahat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap sikap guru pelatih terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmanai dan Kesihatan di Institut Pengurusan Tun Hussein Onn,Batu Pahat Johor.Kajian ini turut meninjau perbezaan sikap di kalangan guru pelatih terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berdasarkan jantina,umur dan pengkhususan pengajian pelatih.Seterusnya kajian ini juga ingin mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan diantara sikap pelatih dengan aspek kognitif,afektif dan psikomotor (tingkah laku) terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di Inatitut Pengurusan Tun Hussein Onn,Batu Pahat,Johor.Seramai 173 guru pelatih dari Institut Pengurusan Tun Hussein Onn,Batu Pahat,Johor dipilih untuk menjadi sampel kajian ini dan diberi satu set soal selidik berstruktur untuk dijawab.Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian 'Statiistical Package for Social Science'(SPSS 14.0).Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap guru pelatih KPLI terhadap mata pelajaran PJK adalah tinggi.Ujian-t dan Anova Sehala telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan sikap guru pelatih berdasarkan faktor demografi.Hasil pengujian hipotesis menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan dikalangan guru pelatih terhadap mata pelajaran PJK berdasarkan jantina,umur dan pengkhususan pengajian.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08686
Subjects: Higher Education > Teacher education
Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13526

Actions (login required)

View Item View Item