Penilaian Keberkesanan Program Latihan kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (skm) Di Sekolah-sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor Berdasarkan Model Penilaian Kipp

Abdul Rahim, Rahimawati and Buntat, Yahya (2008) Penilaian Keberkesanan Program Latihan kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (skm) Di Sekolah-sekolah Menengah Teknik Di Negeri Johor Berdasarkan Model Penilaian Kipp. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk menilai tahap keberkesanan program latihan kemahiran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) berdasarkan model penilaian KIPP Stufflebeam. Empat dimensi keberkesanan kursus dinilai iaitu dimensi konteks, input, proses dan produk. Dimensi konteks menilai relevan objektif dengan keperluan industri, dimensi input menilai aspek pengetahuan dan kemahiran guru, kemudahan peralatan dan bengkel, material dan modul, persekitaran pembelajaran, skema penilaian, peruntukan kewangan dan pembangunan staf. Dimensi proses pula menilai kaedah pengajaran, proses penilaian dan amalan keselamatan pelajar. Manakala dimensi produk menilai pencapaian objektif. Sampel kajian seramai 40 melibatkan guru-guru teknikal diseluruh negeri Johor iaitu dari daerah Johor Bahru, Muar, Kluang, Segamat, Batu Pahat dan Kota Tinggi. Soal selidik kajian ini diubah suai daripada Institution Effectiveness Instruments, Instumen Program Kewangan Bagi Aktiviti Kurikulum Teknikal dan Vokasional (2003), Student Classroom Evaluation. Statistik deskriptif yang digunakan adalah min dan peratusan. Keputusan menunjukkan tahap keberkesanan kursus dalam dimensi konteks kerelevan objektif terhadap keperluan industri adalah sederhana. Tahap keberkesanan kursus dari dimensi input dari aspek pengetahuan dan kemahiran guru adalah tinggi. Bagi aspek kemudahan peralatan dan bengkel, persekitaran pembelajaran, peruntukan kewangan dan pembangunan staf pada tahap sederhana. Manakala material dan modul keberkesanan berada pada tahap tinggi . Tahap keberkesanan kursus dari dimensi proses dari aspek kaedah pengajaran, penilaian pelajar dan amalan keselamatan di bengkel adalah tinggi. Dari dimensi produk pula, tahap keberkesanan dalam aspek objektif kursus dan peluang pekerjaan adalah tinggi.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08685
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13525

Actions (login required)

View Item View Item