Keperluan Pensyarah Baru Di Institusi Pengajian Tinggi swasta Di Selatan Tanahair

Mohd Nor, Mariani and Said, Hamdan (2008) Keperluan Pensyarah Baru Di Institusi Pengajian Tinggi swasta Di Selatan Tanahair. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan terhadap pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan dan lain-lain keperluan yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah baru di lima institusi pengajian tinggi swasta di Johor Bahru. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat kaedah yang diambil oleh pensyarah-pensyarah baru dalam menangani keperluan tersebut. Soalselidik dengan indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.964 digunakan sebagai instrument kajian. Seramai 48 responden telah terlibat dalam kajian ini. Data dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat keperluan terhadap pengajaran (54.17 - 89.58 %), penyelidikan dan penulisan ilmiah (18.75 - 85.42 %), perkhidmatan 37.5 - 85.42 %) dan lain-lain keperluan (66.67 - 89.85 %) yang dihadapi oleh pensyarah-pensyarah baru. Dapatan kajian juga telah menunjukan kaedah perbincangan dengan rakan setugas adalah kaedah utama yang diambil oleh pensyarah-pensyarah baru untuk menangani keperluan terhadap pengajaran, penyelidikan dan penulisan ilmiah, perkhidmatan dan lain-lain keperluan. Empat cadangan dan tiga cadangan kajian lanjutan dikemukakan bagi tujuan pengkajian pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08684
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13524

Actions (login required)

View Item View Item