Analisa Corak Didikan Ibu Bapa Dan Persekitaran Keluarga Dengan Sikap Pelajar-pelajar Cemerlang Pmr di Batu Pahat, Johor

Bakar, Mohd Jais and Mustaffa, Mohamed Sharif (2008) Analisa Corak Didikan Ibu Bapa Dan Persekitaran Keluarga Dengan Sikap Pelajar-pelajar Cemerlang Pmr di Batu Pahat, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak didikan ibu bapa dan corak persekitaran keluarga yang diamalkan dan hubungannya terhadap sikap pelajar-pelajar cemerlang PMR di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 65 orang pelajar yang memperolehi kesemua gred A dalam PMR diempat buah sekolah di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Instrumen kajian ini terdiri daripada 40 item berkaitan aspek-aspek didikan ibu bapa iaitu keperluan fisiologi, keperluan kasih sayang, keperluan keselamatan dan keperluan penghargaan kendiri, manakala aspek persekitaran keluarga pula adalah aspek tempat belajar, masa belajar, perhatian yang telah diberikan ibu bapa dan bentuk-bentuk kemudahan yang di sediakan ibu bapa. Selain itu 30 item-item berkaitan sikap pelajar terhadap persekolahan mereka turut diuji. Dapatan kajian menunjukkan aspek didikan ibu bapa yang paling dominan diamalkan adalah aspek keperluan keselamatan manakala bagi aspek persekitaran keluarga aspek yang paling dominan diamalkan oleh ibu bapa pelajar cemerlang adalah menekankan bentuk-bentuk kemudahan yang disediakan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara aspek keperluan fisiologi, keperluan kasih sayang dan keperluan keselamatan dengan sikap pelajar-pelajar cemerlang PMR. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara keperluan penghargaan kendiri dengan sikap pelajar-pelajar cemerlang PMR. Bagi aspek persekitaran keluarga pula kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan diantara aspek tempat belajar dan perhatian yang diberikan ibu bapa dengan sikap pelajar-pelajar cemerlang PMR. Hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara aspek masa belajar dan bentuk kemudahan yang disediakan ibu bapa dengan sikap pelajar-pelajar cemerlang PMR.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08683
Subjects: Educational Psychology > Educational Psychology
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13523

Actions (login required)

View Item View Item