Konsep Kendiri Matematik Dan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa: Satu Perbandingan Antara Pelajar Melayu Dan Cina Berpencapaian Lemah Dan Cemerlang

Wazir, Faridah and Md Johan, Othman (2008) Konsep Kendiri Matematik Dan Gaya Keibubapaan Ibu Bapa: Satu Perbandingan Antara Pelajar Melayu Dan Cina Berpencapaian Lemah Dan Cemerlang. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat konsep kendiri Matematik dan gaya keibubapaan dalam kalangan pelajar Melayu dan Cina berpencapaian lemah dan cemerlang. Kajian ini dijalankan di lima buah sekolah menengah di kawasan Skudai. Seramai 286 pelajar tingkatan 4 telah dipilih sebagai sampel kajian, iaitu 143 orang pelajar Melayu dan 143 orang pelajar Cina. Mereka terdiri daripada 69 pelajar kumpulan pencapaian tinggi dan 74 pelajar pencapaian rendah. Alat kajian tentang konsep kendiri Matematik diterjemah dan diubahsuai daripada Math self Scale, manakala alat kajian gaya keibubapaan diadaptasi dari Family Style Questionaire oleh Steinberg. Penganalisisan data dibuat menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Dua jenis statistik telah digunakan dalam kajian ini iaitu statistik deskriptif untuk mendapat frekuensi, peratus dan min. Manakala, statistik inferensi menggunakan ujian-t bagi menguji 8 hipotesis kecil pada aras signifikan p<0.05. Hasil analisis data menunjukkan keputusan berikut: (1) Pelajar Melayu dan pelajar Cina memiliki tahap konsep kendiri Matematik yang tinggi. (2) Daripada ujian-t, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri Matematik pada semua empat dimensi yang diukur iaitu motivasi intrinsik (t=0.041; p 0.05), motivasi ekstrinsik (t=0.390; p 0.05), kawalan lokus (t=0.054; p 0.05) dan kebolehan subjektif (t=0.757; p 0.05), antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina yang cemerlang Matematik. (3) Ujian-t membuktikan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam konsep kendiri Matematik pada semua empat dimensi yang diukur iaitu motivasi intrinsik (t=0.602; p 0.05), motivasi ekstrinsik (t=0.450; p 0.05), kawalan lokus (t=0.947; p 0.05), dan kebolehan subjektif (t=0.396; p 0.05), antara pelajar Melayu dengan pelajar Cina yang lemah Matematik. (4) Jenis gaya keibubapaan yang paling dominan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar Melayu cemerlang Matematik ialah gaya autoritatif diikuti gaya permisif, manakala gaya keibubapaan yang paling dominan yang diamalkan oleh ibubapa pelajar Cina cemerlang Matematik ialah gaya permisif diikuti gaya autoritatif. (5) Jenis gaya keibubapaan yang paling dominan yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar Melayu lemah Matematik ialah gaya autoritatif diikuti gaya permisif, manakala gaya keibubapaan yang paling dominan yang diamalkan ibubapa pelajar Cina lemah Matematik ialah gaya autoritatif diikuti gaya rejecting/neglecting. Berdasarkan dapatan-dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan dengan harapan dapat membantu dan memberi kebaikan kepada semua bagi meningkatkan pencapaian dalam Mate

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08682
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Theory and Practice of Education > Specific Learning Practices
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13522

Actions (login required)

View Item View Item