Hubungan Gaya Kepimpinan Ketua Dan Kepuasan Bekerja Pengikut: kajian Kes Di Kumpulan Pendidikan Ypj.

Abdullah, Mohd Lokman and Daud, Khadijah (2008) Hubungan Gaya Kepimpinan Ketua Dan Kepuasan Bekerja Pengikut: kajian Kes Di Kumpulan Pendidikan Ypj. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian berhubung dengan gaya kepimpinan ketua dan kepuasan bekerja pengikut amat jarang dilaksanakan khususnya dalam organisasi pengajian tinggi. Dengan memilih staf-staf akademik di Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) sebagai populasi kajian, hubungan antara gaya kepimpinan ketua dan kepuasan bekerja pengikut menjadi tonggak perbincangan dalam kajian ini. Gaya kepimpinan yang diperhatikan adalah gaya kepimpinan berorientasikan tugas dan gaya kepimpinan berorientasikan hubungan - iaitu sebagai pembolehubah bebas. Sementara itu, kepuasan bekerja pula diperhatikan dari aspek intrinsik dan ekstrinsik - iaitu sebagai pembolehubah bersandar. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam menentukan kedua-dua pembolehubah tersebut adalah 'Leadership Behaviour Description Questionaire' (LBDQ) dan 'Minnesota Satisfaction Questionaire' (MSQ). Kajian rintis yang dijalankan menunjukkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang memadai. Dengan menggunakan Statistik Perihalan dan Analisis Satu-hala ANOVA, dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud suatu hubungan yang signifikan antara gaya-gaya kepimpinan (berorientasikan tugas dan berorientasikan hubungan) ketua jabatan akademik dengan kepuasan bekerja (intrinsik dan ekstrinsik) di kalangan staf-staf akademik KPYPJ.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08681
Subjects: Management of Education > Management and Administration
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13521

Actions (login required)

View Item View Item