Amalan Pengurusan Disiplin Dan Pelaksanaan Program ponteng Sifar.

Hasbullah, Siti Mariam and Lokman, Mohd Tahir (2008) Amalan Pengurusan Disiplin Dan Pelaksanaan Program ponteng Sifar. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sekolah merupakan institusi pendidikan atau sistem yang merangkumi aktiviti antara dua atau lebih ahli dengan menyelaraskan aktiviti mereka untuk mencapai matlamat bersama. Amalan pengurusan pengetua merupakan faktor terpenting menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pada hari ini masalah disiplin pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar peraturan sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Dalam konteks pengurusan disiplin, pihak sekolah perlulah merencanakan program-program yang berkesan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Kajian ini bertujuan melihat amalan pengurusan disiplin dan pelaksanaan Program Ponteng Sifar di salah sebuah sekolah daerah Johor Bahru. Responden kajian melibatkan 110 orang guru daripada sekolah tersebut. Kaedah soal selidik dan temubual telah digunakan bagi mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan kajian ini. Dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science versi 10.0, data dianalisis secara deskriptif untuk memperolehi kekerapan dan peratusan taburan. Hasil tamubual dianalisis bagi mendapatkan cadangan dan langkah penambahbaikan amalan pengurusan disiplin sekolah tersebut. Hasil kajian mendapati secara puratanya, 75.0 % guru bersetuju amalan pengurusan disiplin sekolah adalah tinggi kearah pelaksanaan Program Ponteng Sifar. Hasil kajian juga mendapati kerjasama daripada pentadbir, guru-guru dan ibu bapa merupakan faktor utama kejayaan Program Ponteng Sifar di sekolah A. Implikasi dan cadangan kajian serta cadangan kajian lanjutan turut dinyatakan di akhir kajian ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08680
Subjects: Management of Education > School Administration and Organization
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13520

Actions (login required)

View Item View Item