Peluang Kerjaya Di Kawasan Industri Kecil Tan Sri Yaakob.

Gurei, Meda and Buntat, Yahya (2008) Peluang Kerjaya Di Kawasan Industri Kecil Tan Sri Yaakob. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini cuba meninjau peluang kerjaya di kawasan industri kecil Tan Sri Yaakob, Johor Bahru. Responden terdiri daripada 110 majikan atau kilang di kawasan industri ini. Mereka terlibat dengan pelbagai jenis perusahaan dan menghasilkan pelbagai produk yang berbeza. Responden dipilih secara rawak. Penilaian dibuat berdasarkan peratusan dan kekerapan. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik. Data diproses menggunakan SPSS Version II untuk mendapatkan peratusan dan kekerapan setiap item. Hasil kajian mendapati jenis pekerjaan yang terdapat di kawasan industri kecil Tan Sri Yaakob boleh dikelaskan mengikut jenis produk keluaran industri berkenaan. Industri yang terlibat dengan pengeluaran barangan seperti bahan makanan menawarkan semua jenis pekerjaan seperti yang telah disenaraikan. Jenis pekerjaan agak terhad ditawarkan dalam industri yang terlibat dengan bidang perkhidmatan, berfungsi sebagai stor atau pembekal barangan tertentu. Kelulusan di peringkat PMR/SRP sudah memadai untuk membolehkan seseorang mendapat pekerjaan di kawasan industri ini. Golongan yang mendapat manfaat di peringkat maksimum dari kewujudan kawasan perindustrian kecil ini adalah warga Malaysia. Peringkat umur penduduk yang mendapat manfaat di peringkat maksimum adalah mereka dalam lingkungan umur 26 hingga 30 tahun. Kumpulan pekerja lelaki merupakan golongan yang mendapat lebih manfaat berbanding pekerja perempuan. Jenis pekerjaan yang bakal diwujudkan di kawasan industri ini lebih menjurus kepada pekerjaan di sektor pembinaan seperi pembuatan/pemprosesan, pembungkusan/kemasan dan penghantaran/penyampaian.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08679
Subjects: Education and Development > Education and Development
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13519

Actions (login required)

View Item View Item