Emotional Intelligence, Criminal Personality Typologies, And sexual Dysfunctions Among Sex Offenders

Veeramuthu, Vigneswaran and Mohd Kosnin, Azlina (2008) Emotional Intelligence, Criminal Personality Typologies, And sexual Dysfunctions Among Sex Offenders. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini telah mengkaji kecerdasan emosi, personaliti kriminal, dan disfungsi seksual di kalangan pesalah seksual juvana dan dewasa yang dipenjarakan di salah sebuah institusi penjara Malayssia dan juga sebuah pusat tahanan juvana. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan yang wujud antara pembolehubah pembolehubah yang telah dinyatakan, perbezaan ciri ciri pembolehubah dengan jenayah yang dilakukan dan juga simptom awal tingkahlaku jenayah seksual. Seramai 21 orang pesalah seksual juvana dan dewasa telah dipilih mengunakan teknik purposive sampling . Tahap kecerdasan emosi (empati, keyakinan diri dan kawalan kendiri) telah diukur menggunakan skala Multi Dimensional Emotional Empathy (direkabentuk oleh Mayer et al, 1998), skala Coopersmith Self Esteem Invetory Adolescent (direkabentuk oleh Coopersmith, 1994), skala Rosenberg Self Esteem Scale (direkabentuk oleh Rosenberg, 1965) dan skala Self Regulation Questionnaire (direkabentuk oleh Brown et al, 1991). Personaliti kriminal pula telah diukur menggunakan skala BPRS (yang direkabentuk oleh Jabatan Psikiatri UCLA). Manakala, disfungsi seksual pula dinilai mengunakan skala SHDT (direkabentuk oleh Persatuan Poligraf Amerika dan Jabatan Koreksional Wisconsin). Korelasi Spearman telah digunakan untuk mengkaji hubungan yang wujud diantara pembolehubah kajian. Ujian korelasi di antara kecerdasan emosi dan personaliti kriminal di kalangan pesalah seksual juvana mendapati wujud hanya beberapa hubungan signifikan antara empati dan personaliti neurotik, psikotik, dan sosiopatik. Hampir kesemua dimensi disfungsi seksual dan kecerdasan emosi menghasilkan hubungan yang tidak signifikan. Hubungan antara disfungsi seksual dan personaliti kriminal di kalangan pesalah seksual juvana menghasilkan hubungan yang positif. Ujian korelasi Spearman antara kecerdasan emosi dan personaliti criminal di kalangan pesalah seksual dewasa tidak menunjukkan apa-apa hubungan, yang sememangnya bertentangan dengan kajian lepas di Barat. Ujian korelasi antara kecerdasan emosi dan disfungsi seksual pula mendapati wujud beberapa hubungan signifikan dan ujian korelasi antara disfungsi seksual dan personaliti jenayah turut memperlihatkan hubungan yang positif. Ujian Mann Whitney U Test dan Kruskal Wallis telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan ciri ciri pemboleh ubah dan jenis jenayah seksual yang dilakukan. Namun, ianya tidak menunjukkan sebarang perbezaan (kecuali orientasi seksual pesalah seksual juvana). Simptom awal tingkahlaku jenayah seksual telah dikenalpasti dengan menggunakan VVic s Historical List (2003). Selain itu, kajian ini juga telah mendapati bahawa wujud perbezaan antara pesalah seksual juvana dan dewasa. Sebagai objektif sekunder kajian, pengkaji juga telah merekabentuk dua profil pesalah seksual iaitu Profil Pesalah Seksual Juvana SusVeera dan Profil Pesalah Seksual Dewasa AzVic.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08678
Subjects: Guidance and Counseling > Guidance and Counseling
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13518

Actions (login required)

View Item View Item