Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Guru Besar Dengan Tahap Kepuasan kerja Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Belud.

Hajat, Barun and Abu, Baharin (2008) Hubungan Antara Gaya Kepemimpinan Guru Besar Dengan Tahap Kepuasan kerja Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Belud. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru di tiga buah sekolah rendah di daerah Kota Belud. Teknik yang digunakan untuk mendapatkan data kajian adalah kaedah temu bual. Responden dalam kajian ini adalah seramai 100 orang guru yang mengajar di tiga buah sekolah rendah tersebut. Instrumen kajian tentang gaya kepimpinan adalah soal selidik yang dibentuk berdasarkan pengubahsuaian daripada alat kajian yang pernah digunakan oleh Datu Raiman Datu Kauman (1999) dan Leadership Behaviour Description Questionnaire (LBQ) Form X11 oleh Hempphill dan Coon (1957). Soal selidik untuk melihat kepuasan kerja guru pula adalah berdasarkan soal selidik yang diubah suai daripada kepuasan alat kajian kepuasan kerja guru-guru sains pertanian oleh Mohd.Majid Konting (1991) yang berdasarkan teori Dua Faktor Oleh Herzberg (1959). Soal selidik mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk ditadbirkan kepada responden yang memenuhi kriteria keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Tiga bahagian yang akan diuji dengan menggunakan soal selidik iaitu bahagian A maklumat demografi responden , bahagian B mengumpul data mengenai kepuasan kerja dan bahagian C mengumpul data tentang gaya kepimpinan guru besar. Empat jenis gaya kepimpinan yang akan dianalisis bagi melihat persepsi responden tentang gaya kepimpinan ialah kepimpinan mengarah, berorientasikan pencapaian, penyertaan dan menyokong. Dapatan kajian menunjukkan gaya kepimpinan mengarah adalah lebih dominan dengan min 3.35. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa keempat-empat gaya kepimpinan tersebut masih diamalkan oleh guru besar di sekolah. Mengenai kepuasan kerja guru pula, dapatan yang diperolehi ialah nilai min 3.73 yang menunjukkan bahawa ia berada pada tahap tinggi yang menunjukkan guru-guru puas dengan kepimpinan guru besar mereka. Dapatan kajian mengenai hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan kerja guru adalah nilai 0.205 yang menunjukkan ada hubungan antara kedua-duanya. Sebagai rumusan, bolehlah dikatakan bahawa semakin baik kepimpinan guru besar semakin tinggilah tahap kepuasan kerja guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08677
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13517

Actions (login required)

View Item View Item