Kemurungan Selepas Bersalin Di Kalangan Wanita: satu Kajian Kes Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi awam Selatan Semenanjung Malaysia

Md Abdul Kadir, Haji Bon Nissa and Ninggal, Mohd Tajudin (2008) Kemurungan Selepas Bersalin Di Kalangan Wanita: satu Kajian Kes Di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi awam Selatan Semenanjung Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemurungan selepas bersalin dan perkaitan hubungannya dengan faktor sosio demografi dan pembolehubah psikososial. Kajian ini dilakukan ke atas wanita lepas bersalin antara sebulan hingga enam bulan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di selatan Semenanjung Malaysia. Kaedah penyelidikan ini ialah menggunakan temubual berstruktur Skala Kemurungan Selepas Bersalin Edinburgh (EPDS Versi Melayu) (Wan Muhammad Rushidi et al., 2003). Data diperolehi dari 37 responden dianalisis menggunakan Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 12.0. Secara umumnya statistik deskriptif menunjukkan terdapat kemurungan selepas bersalin pada tahap yang rendah. Walaupun begitu terdapat beberapa responden (11%) yang mengalami kemurungan pada tahap sederhana. Penemuan kajian juga menunjukkan terdapat perubahan perbezaan yang ketara dalam pengalaman tekanan semasa mengandung dan selepas bersalin. Responden juga mendapat sokongan yang tinggi dari keluarga dan suami. Analisis juga menunjukkan secara konsisten bahawa responden mengalami 3 simptom kemurungan dari 10 simptom kemurungan EPDS iaitu: kesukaran atau gangguan tidur; kesedihan berlebihan tanpa sebab; dan menangis berlebihan tanpa sebab. Melalui analisis korelasi Spearman pula kajian ini mendapati adanya hubungan signifikan yang tinggi (α = 0.01) antara item-item (EPDS) dengan pembolehubah sosio demografi dan psikososial. Faktor sosio demografi yang ada hubung kait yang signifikan dengan tahap kemurungan selepas bersalin adalah jarak umur anak yang lahir sebelumnya, bilangan anak yang dilahirkan, jumlah pendapatan seisi keluarga. Tahap kemurungan selepas bersalin juga dikaitkan dengan sokongan keluarga dan sokongan suami. Rumusannya, walaupun terdapat kemurungan selepas bersalin di kawasan kajian tetapi tahapnya adalah rendah jika dibandingkan dengan kajian-kajian yang dibuat di negara maju. Berdasarkan dari penemuan kajian ini adalah diandaikan bahawa tahap kemurungan rendah ini disebabkan oleh sokongan yang kuat dari suami dan keluarga kerana sokongan tersebut dapat mengurangkan masalah tekanan yang dialami. Ia boleh dianggap sebagai benteng yang kuat dalam mengatasi kemurungan selepas bersalin

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08675
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13515

Actions (login required)

View Item View Item