Using Collaborative Writing To Develop Students Writing skills

Ling Jen, Shirley and Hamzah, Masputeriah (2008) Using Collaborative Writing To Develop Students Writing skills. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Penulisan secara kolaboratif merupakan satu kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Walaupun faedah penulisan secara kolaboratif telah diperakui di luar negara, tidak banyak kajian yang dijalankan tentang penggunaannya di negara kita. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk meninjau tentang penggunaan penulisan secara kolaboratif di dalam konteks Malaysia. Subjek untuk kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Johor Bahru. 10 orang daripada mereka dimasukkan dalam kumpulan eksperimental manakala 10 orang yang lain dimasukkan dalam kumpulan kawalan. Setiap pelajar aras cemerlang dalam kumpulan eksperimental diarahkan bekerjasama dengan seorang pelajar yang lemah manakala semua pelajar dalam kumpulan kawalan diarahkan bekerja sendirian. Semua ujian pra dan ujian pos akan diberikan skor dan dibandingkan dari segi isi karangan dan bahasa yang digunakan menggunakan Ujian Mann-Whitney. Tambahan pula, satu set soal-selidik dan temubual juga ditadbir bagi memperoleh maklumat dari segi persepsi subjek-subjek tentang penggunaan kaedah penulisan secara kolaboratif. Hasil daripada kajian ini menunjukkan kumpulan eksperimental menunjukkan keputusan yang lebih memberangsangkan berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain daripada mampu memberikan lebih banyak cadangan dan huraian untuk masalah yang diutarakan, mereka juga menunjukkan kebolehan memberikan huraian-huraian yang relevan. Pelajar-pelajar, khususnya pelajar aras lemah dalam kumpulan eksperimental juga menunjukkan peningkatan dalam penggunaan bahasa. Kebanyakan mereka memberikan respon positif tentang penggunaan kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Implikasi positif hasil daripada kajian ini juga dibincangkan. Moga-moga kajian ini mampu memberi banyak maklumat yang berguna tentang penggunaan kaedah penulisan secara kolaboratif dalam mempelajari Bahasa Inggeris di negara kita.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08672
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13512

Actions (login required)

View Item View Item