Pembangunan Dan Penilaian Aplikasi Multimedia interaktif Pembelajaran Berasaskan Projek bagi Perisian Adobe Photoshop Cs2

Lee, Chee Hong and Harun, Jamaludin (2008) Pembangunan Dan Penilaian Aplikasi Multimedia interaktif Pembelajaran Berasaskan Projek bagi Perisian Adobe Photoshop Cs2. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran berasaskan projek menerusi CD-ROM mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Kraft, (2005). Topik yang dipilih bagi tujuan kajian ini ialah Teknologi Grafik Digital bagi kegunaan kumpulan pelajar Sarjana Muda Pendidikan. Proses penilaian dilakukan bagi mendapatkan pandangan pelajar terhadap tiga aspek iaitu perubahan motivasi, kemahiran dan keperluan masa setelah menggunakan sistem pembelajaran yang dibangunkan. Sampel kajian projek ini terdiri daripada 15 orang pelajar Sarjana Muda Pendidikan yang mengambil mata pelajaran SPM 2303 : Teknologi Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Hasil analisis terhadap ketiga-tiga aspek yang dinilai mendapati bahawa terdapat peningkatan motivasi pelajar, peningkatan kemahiran pelajar dan penurunan keperluan masa untuk pembelajaran perisian grafik digital. Berdasarkan data yang dianalisis, pengkaji telah membuat rumusan dan mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem pembelajaran berasaskan projek menerusi aplikasi multimedia interaktif yang dibangunkan.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08670
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13511

Actions (login required)

View Item View Item