Penyepaduan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tingkatan Dua

Tasarib, Aslipah and Mohamed, Mohini (2008) Penyepaduan Unsur Sejarah Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Tingkatan Dua. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Sejarah tentang ilmu matematik merupakan satu perkara yang biasa dikaji dan dibincangkan oleh pelbagai pihak menerusi seminar, bengkel, konvensyen mahupun kuliah-kuliah di Institusi Pengajian Tinggi. Namun, ianya tidak diterapkan sepenuhnya ke dalam sukatan pelajaran matematik sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Pelbagai faktor telah dikaji dan diketengahkan termasuklah usaha-usaha bagi menerapkannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang situasi penyepaduan sejarah ilmu matematik ke dalam pengajaran dan pembelajaran matematik tingkatan dua di salah sebuah sekolah menengah di dalam daerah Johor Bahru. Kajian dijalankan secara kuantitatif dan kualitatif. Menerusi kaedah kuantitatif, soal selidik dan ujian ditadbir ke atas seramai 72 orang pelajar sebagai sampel kajian. Manakala kajian kualitatif pula dijalankan secara temubual dan pemerhatian ke atas sampel kajian. Soal selidik yang diberikan sebelum dan selepas kajian dijalankan terdiri daripada 47 item berskala likert-5 dan direka bentuk berdasarkan model soal selidik Fenneme-Sherman Mathematics Attitude Scales. Analisis data dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) bagi membolehkan perbandingan dibuat ke atas kedua-dua situasi pembelajaran sebelum dan selepas. Keputusan kajian ini menunjukkan tiada perubahan sikap yang ketara terhadap matematik setelah unsur-unsur sejarah disepadukan ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun, menerusi temubual menunjukkan bahawa para pelajar seronok mempelajari sejarah matematik. Ujian yang dijalankan juga menunjukkan bahawa para pelajar mampu untuk mempelajari sejarah matematik walaupun mereka tidak bersetuju dengan usaha penyepaduan unsur sejarah matematik ke dalam sukatan pelajaran matematik. Berlainan pula dengan kaedah menerusi temubual, kaedah pemerhatian yang telah dijalankan telah menunjukkan bahawa para pelajar kurang berminat untuk mendalami sejarah tentang ilmu matematik yang dipelajari. Secara umumnya, dapatlah disimpulkan bahawa penyepaduan unsur sejarah ke dalam pengajaran dan pembelajaran matematik memerlukan kejasama daripada pelbagai pihak sama ada Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), guru-guru mahupun para pelajar sendiri.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08669
Subjects: Mathematics Education > Mathematics Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13510

Actions (login required)

View Item View Item