Utilizing Language Games To Enhance Vocabulary Learning

Abdul Majid Khan, Maimunah Beham and Hassan, Hanita (2008) Utilizing Language Games To Enhance Vocabulary Learning. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Suatu pendekatan pedagogi yang berkesan adalah diperlukan demi untuk mengatasi masalah pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dengan berkesan atas sebab-sebab kurangnya perbendaharaan kata yang dikuasai walaupun selepas dua belas tahun berada di bangku sekolah. Oleh keran aitu, matlamat kajian ini adalah untuk mngetahui samada permainan bahasa boleh digunakan untuk mempelajari perbendaharaan kata dan seterusnya dapat memotivasikan pelajar dalam pembelajaran perbendaharaan kata. Kajian ini telah mengaplikasi metodologi kajian berbentuk kualitatif dan ianya telah direkabentuk dengan memberi perhatian kepada instrumentasi seperti ujian penilaian, item soal selidik, soalan temuramah dan item pemerhatian. Sample kajian yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu yang dipilih secara rawak kluster, teknik pengumpulan data, teknik penganalisaan data dan seterusnya dapatan kajian telah dibincangkan secara terperinci. Olahan data melalui pengiraan matematik telah dibuat untuk melihat dapatan kajian dengan lebih jelas dan juga ditakrifkan di dalam bentuk jadual dan graf. Sebagai kesimpulan, setelah meneliti dapatan-dapatan yang diperolehi melalui instrument-instrumen kajian, adalah terbukti bahawa permainan bahasa boleh digunakan untuk mempelajari perbendaharaan kata di dalam suasana yang ceria.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08667
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13508

Actions (login required)

View Item View Item