Amalan Pengupayaan Dalam Kokurikulum satu Tinjauan Di Empat Buah Sekolah di Kawasan Tangkak, Muar, Johor

Mohd Yusof, Mohd Noramdzan and Boon, Yusof (2008) Amalan Pengupayaan Dalam Kokurikulum satu Tinjauan Di Empat Buah Sekolah di Kawasan Tangkak, Muar, Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau amalan pengupayaan dalam pengurusan kokurikulum di empat buah sekolah menengah di daerah Tangkak, Johor. Dengan menggunakan instrumen soal-selidik yang dibina oleh pengkaji, seramai 152 orang responden daripada empat buah sekolah menengah di kawasan Tangkak telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian SPSS Versi 14.0 bagi menentukan peratusan, min dan ujian-t. Keputusan kajian menunjukkan bahwa (1) tahap pengetahuan guru-guru tentang amalan pengupayaan berada pada tahap yang sederhana (2) tahap amalan pengupayaan membuat keputusan dalam bidang pengurusan kokurikulum berada pada tahap yang tinggi, dan (3) tahap amalan pengupayaan guru-guru dalam melaksanakan matlamat kokurikulum berada pada tahap yang tinggi. Sementara itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara responden lelaki dan perempuan berkaitan pengetahuan mereka tentang amalan pengupayaan, amalan pengupayaan membuat keputusan dalam bidang pengurusan kokurikulum, dan amalan pengupayaan guru-guru dalam melaksanakan matlamat kokurikulum.

Item Type: Thesis (Masters)
Additional Information: Bahan ini boleh diperolehi di Pusat Sumber Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Sila rujuk laman web http://www.fp.utm.my/ePusatSumber untuk mengenalpasti status laporan/tesis. Sila Rujuk pada No Perolehan : 08666
Subjects: General Education
Divisions: Universiti Teknologi Malaysia
Depositing User: Admin IT UTM
Date Deposited: 04 Jun 2013 16:02
Last Modified: 02 Oct 2014 09:46
URI: http://merr.utm.my/id/eprint/13507

Actions (login required)

View Item View Item